MARAeps menawarkan pembayaran atas talian bagi khidmat/fasiliti berikut:
- Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran.
- Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan.
- Pembayaran Kursus/Program berkala MARA.
- Pembayaran Yuran Pengajian MRSM, TVET, dan IPMA.
- Pembayaran Rumah Rehat MARA.
- Pembayaran Caruman dan lain lain fasiliti MARA
Akaun jaminan anda bermaksud paparan nilai/baki akaun khusus untuk penjamin/penjaga yang berkaitan dengan peminjam yang mempunyai akaun pinjaman/pembiayaan bagi pelajaran/perniaagaan atau lain lain fasiliti MARA.
AKAUN ANDA – Ianya hanya boleh diakses oleh peminjam. Pembayaran ditentukan oleh peminjam melalui cara bayaran yang disediakan.
AKAUN JAMINAN ANDA – Ianya hanya boleh diakses oleh penjamin/penjaga. Mereka juga dibenarkan membayar nilai/baki akaun peminjam melalui cara bayaran yang disediakan.
Jangan risau! Kebiasaanya nilai/baki akaun akan dikemaskini sehingga 4 hari bekerja. Cuti am, hari sabtu dan ahad serta musim perayaan boleh menjadi faktor kelewatan nilai/baki akaun dikemaskini. Jika berterusan melebihi 4 hari, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my.
Cuti am, hari sabtu dan ahad serta musim perayaan boleh menjadi faktor kelewatannilai/baki akaun dikemaskini. Jika berterusan melebihi 4 hari, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my.
Untuk melihat rekod transaksi terdahulu, sila Login di https://bayar.maraeps.my/ dan menekan pautan bahagian Rekod Transaksi/Resit.
Atas kawalan keselamatan, muat turun resit hanya boleh dilakukan di laman sesawang https://bayar.maraeps.my/ . Manakala paparan rekod transaksi boleh diakses melalui semua platform MARAeps.
Untuk memuat turun resit terdahulu, sila Login di https://bayar.maraeps.my/ dan menekan pautan bahagian Rekod Transaksi/Resit.
Sila pastikan tempoh pembayaran masih aktif atau sila pastikan terdapat kekosongan. Anda boleh menyemaknya melalui penganjur/institusi/jabatan berkaitan.
Jika masalah yang dihadapi anda selain dari perkara tersebut, sila hubungi khidmat pelanggan kami menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my
Boleh, anda tidak semestinya mempunyai akaun MARA berkaitan untuk menggunakan MARAeps. Anda hanya perlu mendaftar di laman pendaftaran dan membuat bayaran yuran mengikut pilihan fasiliti MARA yang berkaitan.