MARAeps tertakluk kepada keperluan keselamatan dan proses perlaksanaan yang diarah pematuhannya oleh Paynet dan Bank-Bank Pembayar. MARAeps mengikut piawaian yang disediakan.
Spesifikasi keselamatan PCI menjadi asas piawaian untuk sistem dan proses operasiMARAeps. Sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan sistem perlindungan penapisan penipuan memberi perlindungan tambahan kepada keselamatan data dan maklumat kewangan pengguna
MARAeps mempunyai polisi untuk tidak menyimpan sebarang maklumat kad kredit dan akaun bank pengguna didalam bentuk yang tidak encrypted bagi memastikan maklumat pengguna MARAeps tidak dicuri atau disalah guna oleh pihak ketiga
Tidak. Maklumat yang telah diberikan hanyalah untuk kegunaan MARAeps dan urusan MARA.
- Anda membuka pautan yang betul https://bayar.maraeps.my/
- Anda menggunakan sambungan internet yang selamat
- Anda memuat turun aplikasi dari pembangun yang sah, nama aplikasi yang betul dan terus dari GooglePlay atau iOS
- Anda menggunakan komputer dan telefon pintar peribadi
- Anda memasukkan nama pengguna dan kata laluan MARAeps yang sah
- Anda tidak digalakkan menekan butang back, refresh, mahupun menutup laman sesawang/aplikasi semasa melayari MARAeps
- Anda memasukkan nama pengguna, kata laluan dan TAC/OTP yang sah semasa melakukan pembayaran
- Jangan mendedahkan nama pengguna, kata laluan MARAeps anda kepada sesiapa sahaja.