Pembayar boleh menghubungi MARA (Ibu Pejabat) bagi bagi mengesahkan sama ada bayaran telah atau tidak diterima oleh MARA ke alamat emel infomaraeps@mara.gov.my atau maraepspemantauan@mara.gov.my.
Pemulangan / refund bagi transaksi yang telah dicajkan melalui kad debit / kad kredit yang telah disahkan oleh MARA hanya akan dibuat melalui permohonan tuntutan oleh pembayar disertakan dengan dokumen lengkap ke alamat emel infomaraeps@mara.gov.my atau maraepspemantauan@mara.gov.my. Dokumen lengkap adalah seperti berikut :
- Surat permohonan tuntutan yang mengandungi butiran nama, alamat dan amaun pembayaran
- Nombor Kad Pengenalan pembayar (salinan Kad Pengenalan)
- Nombor Akaun Bank pembayar (salinan Penyata Bank hendaklah disertakan)
- Bukti / Resit pembayaran