MARAeps adalah perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh MARA sebagai gerbang bayaran utama kepada semua pelanggan MARA. Tujuannya untuk menerima bayaran yuran/pinjaman/pembiayaan pelajaran/perniagaan, caruman, sewa dan fasiliti lain yang ditawarkan oleh MARA.
Ya, anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna sebelum menggunakan MARAeps. Untuk mendaftar sila layari halaman pendaftaran
Boleh, anda tidak semestinya mempunyai akaun MARA berkaitan untuk menggunakan MARAeps. Anda hanya perlu mendaftar di halaman pendaftaran dan membuat bayaran yuran mengikut pilihan fasiliti MARA yang berkaitan.
- Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran.
- Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan.
- Pembayaran Sewaan Premis.
- Pembayaran Kursus/Program berkala MARA
- Pembayaran Yuran Pengajian MRSM, TVET, dan IPMA.
- Pembayaran Rumah Rehat MARA
- Pembayaran Caruman dan lain lain fasiliti MARA
MARAeps tertakluk kepada keperluan keselamatan dan proses perlaksanaan yang diarah pematuhannya oleh Paynet dan Bank-Bank Pembayar. MARAeps mengikut piawaian yang disediakan.
Spesifikasi keselamatan PCI menjadi asas piawaian untuk sistem dan proses operasi MARAeps. Sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan sistem perlindungan penapisan penipuan memberi perlindungan tambahan kepada keselamatan data dan maklumat kewangan pengguna
- Laman sesawang - https://bayar.maraeps.my/
- Aplikasi Android di GooglePlay – MARAeps
- Aplikasi iOS di Applestore - MARAeps
MARAeps menawarkan penerimaan bayaran seperti berikut;
- Bayaran atas talian menerusi bank-bank tempatan (FPX)
- Bayaran kad kredit menerusi E-mandate atau (DDA)
- Bayaran kad debit / kad kredit / e-Wallet QR DuitNow di Kaunter Bayaran MARA seluruh Malaysia
MARAeps beroperasi diatas talian 24jam sehari tanpa had. Namun pengamalan biasa bank-bank tempatan akan melalui proses pengedalian harian bermula 12.01 pagi sehingga 4.00 pagi.
Pengguna MARAeps boleh menghubungi khidmat pelanggan kami melalui talian
Klik ‘Lupa Katalaluan’, masukkan emel yang didaftarkan dan klik ‘Hantar Link Reset Katalaluan’. Pengguna akan menerima emel MARAeps beserta Nama Pengguna/Username dan pengguna perlu Reset Katalaluan pada emel tersebut.
Pengguna MARAeps boleh menghubungi khidmat pelanggan kami melalui talian