- Bayaran atas talian menerusi bank-bank tempatan (FPX)
- Bayaran kad kredit menerusi E-mandate atau (DDA)
- Bayaran kad debit / kad kredit / e-Wallet QR DuitNow di Kaunter Bayaran MARA seluruh Malaysia
MARAeps tertakluk kepada keperluan keselamatan dan proses perlaksanaan yang diarah pematuhannya oleh Paynet dan Bank-Bank Pembayar. MARAeps mengikut piawaian yang disediakan.
Spesifikasi keselamatan PCI menjadi asas piawaian untuk sistem dan proses operasi MARAeps. Sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan sistem perlindungan penapisan penipuan memberi perlindungan tambahan kepada keselamatan data dan maklumat kewangan pengguna.
FPX adalah perkhidmatan penyelesaian bayaran yang membenarkan anda melakukan pembayaran atas talian dengan masa sebenar dan serta merta menggunakan akaun simpanan, akaun semasa ataupun akaun kredit. Pembayar mestilah mempunyai akaun atas talian bank yang berdaftar dengan bank tempatan.
Ya, kesemua pembayaran adalah masa sebenar dan penolakan dari akaun pembayar dengan serta merta.
Sila benarkan sehingga 4 hari bekerja untuk nilai/baki akaun anda dikemaskini.
- Resit pembayaran di bahagian Rekod Transaksi/Resit
- Paparan rekod transaksi di bahagian Rekod Transaksi/Resit
- Emel pengesahan transaksi anda berjaya dihantar ke emel berdaftar
- Paparan mesej transaksi anda berjaya setelah melakukan pembayaran
- Sejumlah nilai berjaya ditolak dari akaun bank anda
- Paparan rekod transaksi di bahagian Rekod Transaksi/Resit
- Emel pengesahan transaksi anda tidak Berjaya dihantar ke emel berdaftar
- Paparan mesej transaksi anda gagal setelah melakukan pembayaran
Jika pembayaran FPX anda gagal, anda perlu pastikan perkara berikut;
- Memasukkan nama pengguna dan kata laluan bank pembayar yang sah
- Nilai bayaran mencukupi untuk ditolak dari akaun anda
- TAC/OTP yang dimasukkan adalah sah dan dalam jangka masa ditetapkan
- Internet dan suasana pembayaran anda selamat dan tidak diragui oleh sistem
Jika anda melakukan kesilapan semasa pembayaran, jangan risau! Anda digalakkan untuk tidak meneruskan transaksi dengan menekan butang cancel. Anda akan kembali ke halaman MARAeps dan sila cuba lagi. Anda diingatkan supaya tidak menekan butang back, refresh mahupun menutup halaman/aplikasi semasa proses pembayaran berlangsung.
Kad kredit yang dibenarkan untuk membuat bayaran samada e-mandate atau DDA adalah Mastercard, Visa dan AMEX yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan.
Direct Debit adalah perkhidmatan kutipan bayaran terus secara berjadual dari pembayar. Pembayar perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan Direct Debit. Kutipan bayaran terus dari akaun simpanan, akaun semasa ataupun akaun kredit pembayar yang berdaftar dengan bank tempatan.
E-MANDATE – Pembayar mendaftar kemudahan ini secara elektronik atas talian dengan memberi kuasa kepada MARAeps untuk melakukan kutipan bayaran berjadual.
DDA – Pembayar mendaftar kemudahan ini dengan mengisi dan menurunkan tanda tangan pada borang kuasa untuk membenarkan MARAeps melakukan kutipan bayaran berjadual.
E-mandate sangat sesuai dipohon oleh pengguna MARAeps yang mempunyai akaun atas talian bank tempatan. Kaedah direct debit ini sangat digalakkan.
DDA sangat sesuai dipohon oleh pengguna MARAeps yang tidak mempunyai akaun atas talian bank tempatan. Kaedah direct debit ini tidak digalakkan kerana tidak mesra pengguna.
E-MANDATE – Anda boleh Login di https://bayar.maraeps.my/ dan menekan pautan bahagian Akaun Anda. Seterusnya, anda boleh mendaftarkan e-mandate dengan menekan butang Direct Debit. Anda perlu mengisi borang atas talian tersebut dan tekan butang hantar. Anda akan menerima emel pengesahan setelah Direct Debit berjaya didaftarkan.
DDA – Sila hubungi khidmat pelanggan kami melalui talian 03-26381111/ 03-26381222 atau menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my untuk maklumat lanjut. Wakil kami akan membantu anda langkah demi langkah untuk pendaftaran Direct Debit kaedah ini.
E-MANDATE – Anda boleh Login di https://bayar.maraeps.my/ dan menekan pautan bahagian Akaun Anda. Seterusnya, anda boleh mengubah e-mandate dengan menekan butang Direct Debit. Anda perlu mengisi borang atas talian tersebut dan tekan butang hantar. Anda akan menerima emel pengesahan setelah Direct Debit berjaya diubah.
DDA – Tiada pengubahan dibenarkan bagi kaedah ini.
E-MANDATE – Anda boleh Login di https://bayar.maraeps.my/ dan menekan pautan bahagian Akaun Anda. Seterusnya, anda boleh menamatkan e-mandate dengan menekan butang Direct Debit. Anda perlu memilih penamatan Direct Debit dan tekan butang hantar. Anda akan menerima emel pengesahan setelah Direct Debit berjaya ditamatkan.
DDA – Sila hubungi khidmat pelanggan kami menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my untuk maklumat lanjut. Wakil kami akan membantu anda langkah demi langkah untuk penamatan Direct Debit kaedah ini.
Bayaran pertama khidmat Direct Debit akan berkuat kuasa mengikut pilihan pelanggan. Pelanggan boleh memilih tarikh potongan bayaran balik bulanan mengikut tarikh yang ditetapkan MARA seperti berikut iaitu pada 1hb, 15hb, 24hb atau 26hb.
Bayaran bulanan khidmat Direct Debit akan dilakukan mengikut pilihan pelanggan. Pelanggan boleh memilih bayaran balik bulanan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak MARA. Sekiranya potongan tidak berjaya dilakukan pada salah satu tarikh tersebut, MARA akan cuba membuat potongan pada hari berikutnya selama empat hari berturut-turut
Mengikut peraturan FPX, nilai bayaran minimum setiap transaksi adalah RM 1.00 dan nilai bayaran maksimum setiap transaksi adalah RM 30,000.00. Namun, setiap had pembayaran adalah bergantung kepada had limit pembayaran akaun atas talian bank tempatan anda.