1. Adakah saya perlu mendaftarkan diri sebelum menggunakan MARAeps?

Ya, anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna sebelum menggunakan MARAeps. Untuk mendaftar, sila layari laman pendaftaran

2. Bagaimana cara saya untuk mendaftarkan diri dengan MARAeps?
Untuk mendaftar, sila layari laman pendaftaran dan daftar. Sila tunggu emel pengesahan yang akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan. Selepas proses pengesahan emel, serta merta anda boleh menggunakan MARAeps.

3. Mengapa saya perlu mengisi maklumat pendaftaran dengan tepat dan betul?

Maklumat semasa proses pendaftaran perlulah diisi dengan tepat dan betul bagi memastikan proses pengesahan dan pembayaran dapat dilakukan tanpa sebarang masalah berbangkit.

4. Apakah yang perlu saya lakukan jika terlupa nama pengguna?

Jangan risau! Anda hanya perlu layari laman lupa katalaluan dan sila tunggu emel pengesahan yang akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.

5. Apakah yang perlu saya lakukan jika terlupa kata laluan?

Jangan risau! Anda hanya perlu layari laman lupa katalaluan dan sila tunggu emel pengesahan yang akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.

6. Apakah yang perlu saya lakukan jika tidak menerima emel pengesahan?

Sila benarkan beberapa minit selepas pendaftaran baru atau penetapan semula akaun sehingga 24jam. Sekiranya anda masih belum menerima emel pengesahan, sila hubungi khidmat pelanggan kami menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my

7. Apakah yang perlu saya lakukan jika tidak dapat mengakses akaun saya?

Jangan risau! Kemungkinan anda telah mengisi nama pengguna atau kata laluan yang kurang tepat. Pastikan juga anda telah berdaftar dengan MARAeps sebelum login di laman sesawang/aplikasi MARAeps. Untuk mendaftar, sila layari laman pendaftaran.

Untuk menetapkan semula nama pengguna atau kata laluan, sila layari laman lupa katalaluan dan tunggu emel pengesahan yang akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.

Jika ianya masih berterusan, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my .

8. Apakah butiran yang boleh diubah selepas pendaftaran?

Selepas pendaftaran, hanya butiran berikut sahaja dibenarkan untuk diubah;

  1. Alamat surat menyurat
  2. Nombor telefon rumah/bimbit
  3. Alamat emel
  4. Kata laluan

9. Bagaimana cara untuk saya mengubah butiran peribadi?

Atas kawalan keselamatan, sebarang penukaran butiran peribadi hanya boleh dilakukan di laman sesawang https://bayar.maraeps.my/ .

Sila Login dan menekan pautan bahagian butiran peribadi. Anda boleh mengubahnya dengan menekan butang sunting. Sila pastikan anda menekan butang simpan selepas menukar butiran anda.

10. Saya tidak mempunyai sebarang akaun MARA berkaitan, bolehkah saya mendaftar sebagai pengguna MARAeps?

Boleh, anda tidak semestinya mempunyai akaun MARA berkaitan untuk menggunakan MARAeps. Anda hanya perlu mendaftar di laman pendaftaran dan membuat bayaran yuran mengikut pilihan fasiliti MARA yang berkaitan.