MARAeps

KENYATAAN PRIVASI


PENDAHULUAN

MARAeps komited untuk melindungi data peribadi anda dan mengambil kira pelbagai perkara untuk melindungi privasi anda. Kenyataan Privasi ini menerangkan istilah umum mengenai cara kami mengumpulkan, menggunakan dan melindungi privasi data peribadi anda di bawah undang-undang privasi yang mana kami dikenakan.

Sila baca Kenyataan Privasi MARAeps untuk memahami bagaimana kami menggunakan data peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda. Dengan memberikan maklumat peribadi kepada kami, anda bersetuju dengan Kenyataan Privasi ini, dan pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan, dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang tertera dalam Kenyataan Privasi ini.

Dengan melayari laman sesawang MARAeps atau/dan menggunakan aplikasi MARAeps, anda mengakui bersetuju dengan Kenyataan Privasi ini. Mulai sekarang, MARAeps akan dirujuk sebagai “kami”.


Data Peribadi

"Data Peribadi" bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan orang yang dikenal pasti atau orang yang boleh dikenali.

Jenis Data Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda atau dari pihak ketiga bergantung kepada keadaan pengumpulan dan mengenai jenis perkhidmatan yang diminta atau transaksi yang dijalankan. Apa maklumat peribadi anda yang dikumpulkan oleh kami mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:

  • maklumat peribadi berkaitan kepada seseorang individu;
  • maklumat perhubungan;
  • maklumat pembayaran;
  • maklumat teknikal; dan
  • data statistik.


Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda?

Untuk memastikan sistem berjalan lancar, kami perlu mengumpul maklumat peribadi yang bersesuaian daripada anda. Bagaimana maklumat peribadi anda dikumpulkan oleh kami mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:

  1. Mendaftar atau mengubah suai butiran peribadi anda di laman sesawang kami;
  2. Melayari laman sesawang dan memuat turun serta menggunakan aplikasi kami;
  3. Melakukan sebarang aktiviti di laman sesawang ataupun di aplikasi kami;
  4. Menyertai dalam mana-mana tinjauan kami;
  5. Menghubungi atau berinteraksi dengan kami bagi menyampaikan aduan/maklumbalas/cadangan atau lain-lain berkaitan kami melalui sebarang medium yang sesuai;
  6. Di bawah mana-mana perjanjian atau kontrak lain;
  7. Menghubungi atau berinteraksi dengan kami bagi menerima khidmat sokongan melalui sebarang medium yang sesuai.


Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda?

  • Untuk mengesahkan identiti anda
  • Untuk tujuan mengakses, memproses, dan mengemaskini akaun anda
  • Untuk tujuan mentadbir dan menguruskan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda
  • Untuk menyiasat dan menjawab tuntutan dan pertanyaan daripada anda
  • Untuk menyediakan mesej peringatan transaksi anda
  • Untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan diri anda dan/atau pengguna lain
  • Untuk pengesahan, semakan, mengesan, dan mencegah aktiviti penipuan
  • Untuk mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau peraturan


Bagaimana Kami Menyimpan Data Peribadi Anda?

Kami mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga yang munasabah diperlukan untuk melindungi data peribadi anda dari penyalahgunaan, gangguan, dan kerugian; akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau pendedahan. Disamping itu, kami menguruskan data anda dengan cara berikut:

  1. Mendaftarkan semua orang yang dibenarkan masuk.
  2. Mengawal dan mengehadkan akses berdasarkan keperluan.
  3. Mengekalkan rekod yang mencukupi untuk akses dan pemindahan Data Peribadi.

Mengakses/Menghadkan/Mengubahsuai Data Peribadi Anda

Anda boleh menuntut dengan kami untuk mengakses maklumat data peribadi anda, menghadkan pemprosesan data peribadi anda, dan juga mengubahsuai data peribadi anda dengan mendaftar masuk ke laman sesawang atau aplikasi kami atau menghubungi khidmat sokongan kami di infomaraeps@mara.gov.my.

Untuk makluman anda, tuntutan maklumat peribadi anda bergantung kepada jenis maklumat yang diminta dan jika dibenarkan undang-undang, kami akan berusaha menunaikannya. Walau bagaimanapun, kami juga berhak untuk bertindak menyiasat dan mengesahkan semua tuntutan untuk kesahihan. Kami berhak menolak untuk mematuhi tuntutan mengakses data peribadi anda dalam keadaan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang (di bawah seksyen 32 PDPA).

Perubahan Kenyataan Privasi

Harap maklum bahawa Kenyataan Privasi ini mungkin akan dipinda dari masa ke semasa untuk memastikan bersesuaian dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai dan perubahan yang mungkin berlaku untuk anda. Anda digalakkan untuk melayari laman sesawang kami dari masa ke semasa untuk membaca Kenyataan Privasi terkini kami.

Perhubungan

Untuk sebarang tuntutan, Untuk sebarang tuntutan, pertanyaan atau aduan berkaitan data peribadi anda atau Kenyataan Privasi ini, sila hubungi kami; (006) 03-27711271 ; infomaraeps@mara.gov.my

Cetak Kenyataan Privasi