MARAeps adalah gerbang bayaran elektronik yang dimiliki oleh MARA dan disediakan oleh Rural Capital
Berhad,
syarikat milik penuh MARA. Gerbang bayaran MARAeps ini membolehkan semua kutipan bayaran elektronik
dari pelbagai jenis intrumens bayaran dapat dilaksanakan oleh MARA.
Kesemua kutipan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun kutipan MARA tanpa memerlukan pihak ketiga
membuat penyelesaian kutipan kepada MARA.
Pada 13 November 2018 Rural Capital Berhad dengan kerjasama Bahagian
Kewangan MARA telah memenangi Anugerah lnovasi Khas melalui MARAeps
sebuah aplikasi Gerbang Bayaran Elektronik MARA yang telah dibangunkan
oleh Rural Capital Berhad.
Aplikasi ini telah direka dengan pelbagai ciri yang memainkan peranan penting untuk membantu
memudahkan
urusan berkaitan fasiliti Majlis Amanah Rakyat yang diterima oleh anda. Pastikan anda sentiasa
mengemaskini
dan memiliki versi aplikasi MARAeps yang terkini.
Daftar masuk ke aplikasi MARAeps, menyemak akaun
anda dan melakukan transaksi pada bila bila masa
di mana jua anda berada. Anda juga boleh melakukan
pembayaran penting seperti yuran pengajian, program
usahawan dan fasiliti kakitangan sekelip mata.
Kini penjamin atau penjaga mempunyai kawalan
kepada akaun individu yang dijamin mereka.
Kawalan penuh ini membolehkan mereka
menyemak dan melakukan pembayaran
bagi akaun jaminan mereka.
Spesifikasi keselamatan PCI menjadi asas piawaian
untuk sistem dan proses operasi MARAeps.
Dengan sistem kawalan keselamatan yang tinggi
dan sistem perlindungan penapisan penipuan
memberi perlindungan tambahan kepada para pengguna.
Semak status transaksi serta merta selepas pembayaran
dilakukan.
Direka dengan penuh dedikasi, mesra pengguna
dengan pautan grafik dan paparan yang menarik
untuk meningkatkan lagi prestasi dan pengalaman
pengguna.
Kemudahan yang memberikan keselesaan kepada
para pengguna untuk melakukan pembayaran
yuran pengajian, program usahawan, kemudahan
kakitangan serta fasiliti lain yang disediakan
oleh Majlis Amanah Rakyat.
Tanpa perlu ke kaunter, baki/nilai akaun berkaitan
Majlis Amanah Rakyat anda dihujung jari.
Lakukan pembayaran dengan mudah,
cepat dan selamat.
Semak butiran anda tanpa perlu daftar masuk di laman sesawang