image

Terma & Syarat bagi Kempen Bayar & Menang Bersama MARAeps 2023

1. Penganjur dan Kelayakan

1.1. Kempen Bayar & Menang MARAeps 2023 (“Kempen”) ini dianjurkan oleh Rural Capital Berhad (No. Syarikat: 198401015843) (“Rural Capital Berhad”) (“Penganjur”) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (“MARA”).

1.2. Kempen ini terbuka kepada semua pengguna MARAeps.

2. Tempoh Kempen

2.1. Tertakluk kepada perenggan 2.2, Tempoh Kempen ialah selama tiga (3) bulan dari jam 00:00 (GMT+8), 1 Oktober 2023 sehingga jam 23:59 (GMT+8) pada 31 Disember 2023, atau bagi satu tempoh dan tarikh lain yang dipersetujui oleh Penganjur dan MARA secara bersama (“Tempoh Kempen”).

2.2. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Kempen adalah tidak sah dan terbatal

2.3. Untuk mengelak sebarang keraguan:

2.3.1. Tempoh Kempen terbahagi kepada tiga (3) kitaran atau sebarang kitaran lain yang dipersetujui secara bersama oleh Penganjur dan MARA iaitu:

a) 1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023;

b) 1 November 2023 hingga 30 November 2023; dan

c) 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023.

2.3.2. Setiap penyertaan adalah bersifat automatik (“auto-entry”) mengikut tempoh kitaran yang dinyatakan di Klausa 2.3.1 di atas.

3. Kriteria dan Syarat Kelayakan untuk Pelanggan-Pelanggan MARA Yang Mengambil Bahagian

3.1. Pelanggan-pelanggan MARA yang membuat pembayaran secara one-off sebanyak RM5,000 dan ke atas melalui laman web/aplikasi MARAeps dalam Tempoh Kempen layak untuk menyertai Kempen ini (“Peserta”) dengan syarat-syarat berikut:

3.1.1. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan-pelanggan MARA yang memiliki akaun MARAeps yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas;

3.1.2. peserta juga mesti mempunyai akaun bank yang sah dan aktif dengan mana-mana bank- bank yang mengambil bahagian dalam perkhidmatan MyDebit, FPX dan DirectDebit, tidak dorman dan dalam kedudukan kewangan yang baik, semasa Tempoh Kempen sehingga penebusan Hadiah;

3.1.3. bagi pembayaran secara one-off melalui laman web/aplikasi MARAeps, peserta akan memperolehi satu kelayakan penyertaan bagi setiap RM5,000 dan had bilangan kelayakan penyertaan adalah sebanyak lima (5) kelayakan penyertaan sahaja bagi satu-satu bulan sepanjang tempoh kempen; dan

Sebagai Contoh: Pembayaran secara one-off perlulah dilakukan melalui laman web/aplikasi MARAeps. Pembayaran sebanyak RM5,000 dan ke atas akan memperolehi satu (1) kelayakan penyertaan dan peserta yang membuat pembayaran sebanyak RM10,000 akan memperolehi lima (2) kelayakan penyertaan sahaja bagi satu-satu bulan sepanjang tempoh kempen berjalan atau layak menerima hadiah kategori Grand Prize

3.1.4. peserta perlu menyimpan Bukti Transaksi pembayaran, tetapi transaksi di luar Tempoh Kempen adalah tidak layak untuk dipertimbangkan;

3.2. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya ia berpendapat kelayakan mana-mana Peserta dipersoalkan atau Peserta tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini kerana telah melanggar terma dan syarat Kempen ini, mengganggu operasi Kempen ini, atau terdapat unsur penipuan atau penyalahgunaan, atau melibatkan diri dalam apa-apa tingkah laku yang dianggap memudaratkan atau tidak adil kepada Penganjur atau mana-mana pihak yang lain (dalam setiap kes akan ditentukan atas bicara mutlak Penganjur).

3.3. Pembayaran secara one-off melalui laman web/aplikasi MARAeps yang kurang daripada RM5,000 tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

4. Senarai Pendek dan Pengumuman Pemenang

4.1. Pemenang Hadiah dinyatakan dalam Klausa 2 akan dipilih, diumum, dan dibuat pada minggu ketiga bulan seterusnya selepas tamat kempen atau sebarang tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Penganjur.

4.2. Peserta yang layak akan dikumpulkan berdasarkan jumlah penyertaan yang diperolehi sepanjang Tempoh Kempen (“Peserta Terpilih”).

4.3. Sesi cabutan akan dilaksanakan oleh pegawai MARA atau RCB yang dipilih oleh pihak Penganjur. Setiap Peserta hanya layak memenangi SATU (1) Hadiah bagi sesi cabutan tersebut, tanpa mengira bilangan penyertaan yang diterima oleh pihak Penganjur.

4.4. Pemenang akan diumumkan melalui media sosial MARAeps dan akan dihubungi oleh pihak Penganjur untuk pengesahan. Sekiranya Peserta Terpilih tidak dapat dihubungi, atau gagal menjawab kesemua soalan pengesahan dengan tepat, Penganjur berhak membuat cabutan rawak seterusnya dan mengisytihar Peserta Terpilih yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan tepat sebagai pemenang.

4.5. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berhubung Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengumpulan rekod peserta, pemilihan pemenang, Hadiah dan pelucutan hak Hadiah adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan. Pemilihan pemenang adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan dan kriteria penyertaan yang ditentukan mengikut budi bicara mutlak Penganjur.

5. Hadiah

5.1. Hadiah untuk Kempen ini adalah seperti dinyatakan dalam iklan Kempen. Penganjur berhak menukar hadiah-hadiah tersebut pada bila-bila masa dengan notis bertulis kepada MARA.

5.2. Segala jenis visual dan/atau gambaran bagi Hadiah yang digambarkan dalam mana-mana iklan, promosi, publisiti dan bahan promosi/iklan lain berkaitan Kempen ini hanyalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tidak menggambarkan warna dan/atau keadaan sebenar Hadiah-Hadiah yang ditawarkan.

5.3. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur tidak memberi apa-apa jaminan atau perwakilan, sama ada secara nyata atau tersirat, berhubung dengan Kempen ini termasuk dan tidak terhad kepada Hadiah-Hadiah yang ditawarkan. Penganjur juga tidak memberi apa-apa jaminan tentang kualiti dan keboleh gunaan yang berkaitan dengan Hadiah-Hadiah yang ditawarkan.

5.4. Hadiah adalah turut tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat pembekal hadiah. Tertakluk kepada peruntukan undang-undang, Penganjur dan ejen-ejen mereka tidak bertanggungjawab ke atas segala liabiliti yang timbul atau liabiliti akibat daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir Hadiah dari sebarang keadaan yang tidak dijangkakan, di luar kawalan pihak Penganjur dan bagi sebarang perbuatan atau keingkaran mana-mana pihak ketiga atau pembekal. Penukaran Hadiah kepada wang tunai tidak dibenarkan.

5.5. Penganjur tidak akan menanggung sebarang liabiliti sekiranya pemenang tidak dapat menggunakan Hadiah atau lewat menerima Hadiah atas sebarang sebab, termasuk sebab-sebab yang timbul daripada pelanggaran terma yang ditetapkan. Pemenang yang telah menerima Hadiah dianggap telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam semua acara publisiti yang dianjurkan oleh pihak Penganjur.

5.6. Penganjur tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, caj dan kos sampingan berkaitan pendaftaran talian telefon dan sebagainya bagi Hadiah berkaitan.

5.7. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan Hadiah dengan Hadiah lain yang setara nilainya tanpa sebarang notifikasi terlebih dahulu.

6. Pengumuman atau pemberitahuan kepada pemenang

6.1. Pemenang-pemenang akan dihubungi dan dimaklumkan oleh Penganjur melalui e-mel atau panggilan telefon berdasarkan maklumat yang terdapat dalam butir-butir penyertaan yang telah diterima.

7. Penebusan dan Pelupusan Hadiah

7.1. Pemenang harus memaklumkan keputusan mereka sama ada untuk menerima Hadiah atau sebaliknya dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan tersebut. Sekiranya Pemenang menolak atau gagal memberi jawapan dalam tempoh yang telah diberikan, Penganjur berhak melucut hak pemenang tersebut dan menarik balik Hadiah.

7.2. Setelah memberi keputusan untuk menerima Hadiah secara bertulis kepada Penganjur, sekiranya tiada tuntutan dibuat setelah tiga puluh (30) hari dari tarikh pemberitahuan tersebut, pemberian Hadiah tersebut terbatal dan sebarang pertanyaan selepas itu tidak akan dilayan. Tiada pembayaran balik mahupun ganti rugi akan dibuat untuk sebarang Hadiah yang tidak dituntut.

7.3. Selain dari yang dinyatakan dalam terma dan syarat ini, sebarang penggantian atau pengubahsuaian kepada Hadiah tidak dibenarkan.

7.4. Pemenang boleh melantik wakil untuk menuntut Hadiah, di dalam situasi-situasi tertentu dan ini tertakluk kepada budi bicara mutlak pihak Penganjur untuk membenarkan wakil tersebut menuntut Hadiah-Hadiah berkenaan. Kebenaran bertulis dari Pemenang asal yang telah disahkan dan pengesahan pengenalan diri wakil tersebut diperlukan untuk membolehkan wakil tersebut menuntut Hadiah bagi pihak Pemenang asal.

7.5. Pemenang bertanggungjawab di atas segala kos berkenaan untuk pemenang mengambil dan menuntut Hadiah di tempat ditetapkan Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kos, duti, levi, caj, perbelanjaan atau kos sampingan yang berkaitan dengan pengambilan dan/atau tuntutan Hadiah.

7.6. Pemenang mesti melalui proses pengesahan identiti diri yang dikenakan oleh Penganjur sebelum menebus Hadiah dan pemenang mestilah lulus dalam pengesahan tersebut. Hadiah akan ditarik balik jika terdapat percanggahan maklumat dengan proses pengesahan atau jika dokumen pengesahan yang disediakan adalah berbeza daripada maklumat yang diberikan. Dokumen yang diperlukan untuk proses pengesahan adalah seperti berikut:

a) bukti transaksi asal melalui MARAeps;

b) kad pengenalan asal pemenang

7.7. Sekiranya dokumen diperlukan untuk pengesahan identiti diri dan bukti transaksi asal untuk tuntutan Hadiah tidak lengkap atau tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan, Penganjur berhak untuk melucutkan hak pemenang tersebut dan Hadiah yang berkaitan akan dibatalkan. Pemenang mungkin dikehendaki menandatangani perjanjian bertulis bagi Hadiah yang dituntut seperti yang dikehendaki oleh Penganjur.

7.8. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menerima Hadiah, segala urusan berkaitan hal tersebut adalah tertakluk kepada budi bicara Penganjur dan peruntukan undang-undang yang berkaitan.

8. Tanggungjawab dan Liabiliti

8.1. Pemenang akan menanggung liabiliti dan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan, kerugian atau tuntutan akibat daripada penyertaan di dalam Kempen ini, penebusan dan/atau penggunaan Hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang dialami, dalam sebarang situasi yang melibatkan pihak ketiga atau Peserta, semasa dan selepas Kempen ini.

8.2. Dengan menyertai dan menerima Hadiah yang ditawarkan oleh Penganjur, Peserta dan pemenang dengan ini telah memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menerbitkan, memaparkan nama, jenis pembayaran, jenis pinjaman, latar belakang pekerjaan atau tempat pendidikan dan gambar Peserta dan pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti yang berkaitan dengan Kempen, dalam apa-apa cara penerbitan, pengedaran atau paparan dari semasa ke semasa tanpa sebarang royalti atau pampasan yang perlu dibayar kepada Peserta dan pemenang dan tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada pemenang atau Peserta. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, gangguan manusia atau elektronik atau kesilapan/kecuaian manusia di dalam pentadbiran dan pemprosesan Kempen.

8.3. Penganjur, promoter dan ejen-ejen tidak bertanggungjawab dalam sebarang perkara berikut:

a) apa-apa kos, perbelanjaan tambahan yang ditanggung oleh Peserta untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini;

b) apa-apa bentuk gangguan teknikal;

c) campur tangan pihak yang tidak diiktiraf oleh Penganjur dalam Tempoh Kempen;

d) kesilapan elektronik atau kesilapan/kecuaian manusia dalam pentadbiran Kempen dan pemprosesan penyertaan;

e) apa-apa kemasukan data yang hilang, dicuri, rosak, disalah hantar atau tidak diterima yang bukan disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran sengaja Penganjur.

8.4. Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan dengan Penganjur untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Kempen ini, walaupun Penganjur telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi sedemikian adalah dikecualikan.

9. Perlindungan Data

9.1. Dengan menyertai Kempen ini dan pendedahan maklumat peribadi kepada Penganjur, Penganjur bersetuju untuk hanya menggunakannya untuk tujuan Kempen ini dan melindungi maklumat tersebut seperti yang dinyatakan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta mengenai perlindungan data, dan penerangan kepada Peserta bagi tujuan untuk menghubungi Penganjur.

9.2. Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada Penganjur untuk mengumpul, memproses, menggunakan dan menyimpan nama mereka, nombor kad pengenalan yang telah ditutupkan dan butir-butir lain ("Data Peribadi") dari institusi kewangan masing-masing serta memberi kebenaran kepada institusi kewangan masing-masing untuk berkongsi Data Peribadi tersebut kepada pihak Penganjur untuk tujuan menjalankan Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilihan pemenang.

9.3. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2020 [Akta 709], hak Peserta termasuk:

a) hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Penganjur di alamat kontak yang dinyatakan di bawah dengan memaklumkan nama dan no akaun MARA Peserta untuk penghapusan Data Peribadi tersebut;

b) hak untuk mendapatkan salinan Data Peribadi yang dimiliki (jika ada) oleh Penganjur; dan

c) hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat.

9.4. Untuk sebarang isu perlindungan data bersama Penganjur, aktiviti berkenaan hak undang-undang bagi Peserta, sila hubungi Careline MARAeps di 03-26381111/ 03-26381222 (Isnin – Jumaat, 9 pagi – 5 petang kecuali cuti umum).

9.5. Penganjur akan memastikan langkah-langkah yang diambil adalah munasabah untuk menyimpan Data Peribadi Peserta dan pemprosesan data dilaksanakan dengan teliti. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah tanpa sebarang notifikasi terlebih dahulu.

10. Hak Penganjur

10.1. Penganjur berhak untuk meminda, mengubah atau memadam Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan notis bertulis kepada MARA.

10.2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian kewangan yang dialami oleh Peserta yang timbul daripada pembatalan atau penarikan balik Kempen.

10.3. Penganjur boleh menyerah semua hak yang diberikan oleh Peserta dalam Kempen ini kepada mana-mana pihak di atas budi bicara Penganjur.

10.4. Penganjur berhak untuk melanjutkan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen bagi sebarang sebab sekalipun, tanpa notis terlebih dahulu. Peserta tidak boleh membuat sebarang tuntutan untuk pampasan terhadap Penganjur bagi sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung dan tidak langsung daripada apa-apa perintah kerajaan tidak terhad kepada perintah kawalan pergerakan, tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.

10.5. Para pemenang juga mungkin dikehendaki untuk hadir dan/atau menyertai program publisiti. Wakil-wakil pemenang adalah tidak dibenarkan untuk mewakili pemenang untuk sebarang program publisiti.

11. Umum

11.1. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bayar.maraeps.my atau ikuti ruangan Facebook, Instagram dan Twitter MARAeps pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen.

11.2. Terma dan Syarat ini dipantau dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan dalam bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

11.3. Masa adalah intipati penting Terma & Syarat ini.

11.4. Terma & Syarat Pertandingan ini disediakan dalam Bahasa Melayu. Sebarang alih bahasa tidak diiktiraf.

(TAMAT)