1. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh MARAeps?

MARAeps menawarkan pembayaran atas talian bagi khidmat/fasiliti berikut:

  1. Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran.
  2. Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan.
  3. Pembayaran Kursus/Program berkala MARA.
  4. Pembayaran Yuran Pengajian MRSM, TVET, dan IPMA.
  5. Pembayaran Rumah Rehat MARA.
  6. Pembayaran Caruman dan lain lain fasiliti MARA

2. Apakah maksud akaun anda?
Akaun anda bermaksud paparan nilai/baki akaun khusus untuk pengguna yang mempunyai akaun pinjaman/pembiayaan bagi pelajaran/perniaagaan atau lain lain fasiliti MARA.

3. Apakah maksud akaun jaminan anda?

Akaun jaminan anda bermaksud paparan nilai/baki akaun khusus untuk penjamin/penjaga yang berkaitan dengan peminjam yang mempunyai akaun pinjaman/pembiayaan bagi pelajaran/perniaagaan atau lain lain fasiliti MARA.

4. Apakah perbezaan akaun anda dan akaun jaminan anda?

AKAUN ANDA – Ianya hanya boleh diakses oleh peminjam. Pembayaran ditentukan oleh peminjam melalui cara bayaran yang disediakan.

AKAUN JAMINAN ANDA – Ianya hanya boleh diakses oleh penjamin/penjaga. Mereka juga dibenarkan membayar nilai/baki akaun peminjam melalui cara bayaran yang disediakan.

5. Apakah yang perlu dilakukan jika baki/nilai jumlah yang dipaparkan tidak berubah selepas membuat pembayaran kurang dari 4 hari bekerja?

Jangan risau! Kebiasaanya nilai/baki akaun akan dikemaskini sehingga 4 hari bekerja. Cuti am, hari sabtu dan ahad serta musim perayaan boleh menjadi faktor kelewatan nilai/baki akaun dikemaskini. Jika berterusan melebihi 4 hari, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my.

6. Apakah yang perlu dilakukan jika baki/nilai jumlah yang dipaparkan tidak berubah selepas membuat pembayaran lebih dari 4 hari bekerja?

Cuti am, hari sabtu dan ahad serta musim perayaan boleh menjadi faktor kelewatannilai/baki akaun dikemaskini. Jika berterusan melebihi 4 hari, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my.

7. Bagaimana boleh saya melihat rekod transaksi terdahulu?

Untuk melihat rekod transaksi terdahulu, sila Login di https://bayar.maraeps.my/ dan menekan pautan bahagian Rekod Transaksi/Resit.

8. Bagaimana cara untuk muat turun resit pembayaran terdahulu?

Atas kawalan keselamatan, muat turun resit hanya boleh dilakukan di laman sesawang https://bayar.maraeps.my/ . Manakala paparan rekod transaksi boleh diakses melalui semua platform MARAeps.

Untuk memuat turun resit terdahulu, sila Login di https://bayar.maraeps.my/ dan menekan pautan bahagian Rekod Transaksi/Resit.

9. Apakah yang perlu dilakukan jika kursus/program yang hendak dibayar tiada dalam senarai pembayaran?

Sila pastikan tempoh pembayaran masih aktif atau sila pastikan terdapat kekosongan. Anda boleh menyemaknya melalui penganjur/institusi/jabatan berkaitan.

Jika masalah yang dihadapi anda selain dari perkara tersebut, sila hubungi khidmat pelanggan kami menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my

10. Saya tidak mempunyai sebarang akaun MARA berkaitan, bolehkah saya mendaftar sebagai pengguna MARAeps?

Boleh, anda tidak semestinya mempunyai akaun MARA berkaitan untuk menggunakan MARAeps. Anda hanya perlu mendaftar di register.php dan membuat bayaran yuran mengikut pilihan fasiliti MARA yang berkaitan.